PAS Tetap Fokus Misi Lawan Umno

Diterbitkan: Selasa, 25 April 2017 3:25 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi menafikan dakwaan bahawa parti itu sudah mulai bongkak apabila mahu bersendirian menentang Umno dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, matlamat parti itu tidak pernah lari daripada misi menumbangkan Umno dan BN pada PRU14 tetapi bukan bersama Pakatan Harapan.

“Tidak timbul soal sombong dan bongkak. Umno adalah musuh tradisi Pas sekian lama sebelum wujudnya parti-parti lain termasuk Amanah,” katanya melalui aplikasi Whatsapp.

Kelmarin, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, menyelar kenyataan Pas yang mengarahkan pembangkang berundur dan memberi laluan kepada parti itu untuk bertanding sendirian menentang Umno/BN.

Sementara itu di HULU SELANGOR, Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata Pas bersedia bertanding di 45 daripada 56 kerusi Dun dan 15 daripada 22 kerusi di Selangor.

Beliau berkata, mereka akan meletakkan calon jika tiada persetujuan pembahagian kerusi dicapai.

"Keputusan itu akan dibuat berdasarkan perkembangan semasa, kerana kami tidak lagi terikat dengan perjanjian pada 2013 semasa bersama Pakatan Harapan," katanya.

Beliau berkata, Pas Selangor telah menghantar senarai nama calon kepada Pas Pusat untuk dipertimbangkan. - Sinar Harian


Tags / Kata Kunci: PAS , Umno , Ahmad Yunus Hairi

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan