Lelaki Melayu Bekas Pelajar Sekolah Cina Diberi Penghormatan

Diterbitkan: Selasa, 25 April 2017 9:52 AM

Ali Arami (kiri) bersama isterinya Rima Princess Dewi menyampaikan sumbangan kepada pengetua sekolah lamanya, Ng Swee Lai.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Perkara pertama yang dilakukan oleh seorang pegawai bank, Ali Arami selepas beliau berkahwin pada Sabtu adalah menghulurkan sumbangan kepada sekolah lamanya.

Nilai RM500 untuk Sekolah Tinggi Pay Fong mungkin tidak besar, tetapi apa yang dilakukan itu sudah cukup untuk membuatkan pengurusan sekolah membalasnya dengan cara yang istimewa.

Ali, 27, dan pasangannya, Rima Princess Dewi, 26, yang juga belajar di sekolah Cina, telah dilantik menjadi 'Duta Perpaduan' oleh sekolah vernakular tersebut.

"Pengalaman belajar di sebuah sekolah Cina membuatkan diri saya menjadi seorang rakyat Malaysia yang lebih sempurna. Guru-guru mengajar saya untuk menghormati kaum lain dan tidak melihat perbezaan sesama kaum.

"Dengan apa yang ada pada diri saya hari ini, saya sangat terhutang budi kepada sekolah saya,'' kata Ali yang belajar di sekolah tersebut selama enam tahun.

Tetamu istimewa pada majlis perkahwinannya yang diadakan di kompleks perpustakaan Melaka itu adalah pengetua sekolah Ng Swee Lai dan guru-guru lain.

Ali meninggalkan sekolah pada tahun 2008 manakala Rima belajar di SMJK Yok Bin di sini.

Pasangan itu memakai pakaian perkahwinan tradisional masyarakat Cina dan Korea. Mereka juga mengenakan pakaian tradisional Melayu untuk sesi fotografi perkahwinan.

Swee Lai memuji pasangan itu yang membantu inisiatif sekolah untuk menggalakkan perpaduan.

"Ali tidak lupa tempat dirinya menimba ilmu.

"Beliau datang semula untuk bermain bola keranjang dengan guru sukan dan sentiasa berhubung dengan kami yang lain.

"Beliau juga telah memberi sumbangan kewangan untuk sekolah dan mendapat bantuan daripada isterinya,'' kata Swee Lai, yang dijemput ke pentas untuk menerima sumbangan daripada pasangan itu.

Beliau berkata, dasar sekolah adalah untuk memastikan pelajar hidup dalam suasana harmoni, sambil menambah Ali telah menjadi 'inspirasi'.

Ali, yang mahir dalam sukan wushu dan boleh bertutur dalam bahasa Mandarin belajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk menjadi seorang pelakon aksi ngeri.

Beliau telah muncul dalam filem-filem aksi Melayu dan Hong Kong dan pernah berlakon dengan pelakon terkenal Aaron Kwok.

Tags / Kata Kunci: Ali Arami , perpaduan kaum

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan