Kes Adam Rosly, Guan Eng Amat Berbeza - Rafizi

Diterbitkan: Selasa, 25 April 2017 5:58 PM

Rafizi Ramli.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak perlu bercuti sementara kerana kes rasuah terhadap beliau amat berbeza dengan kes membabitkan Datuk Adam Rosly, menurut Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Beliau mendakwa kes Adam adalah 'agak jelas', manakala kes Guan Eng merupakan satu 'penganiayaan politik'.

Rafizi berkata demikian pada sidang media ketika ditanya mengenai gesaannya supaya Adam 'bercuti' dari jawatan sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang sehingga kes rasuahnya selesai.

"Saya menyatakan dengan jelas bahawa anda sebenarnya perlu membezakan antara dua kes. Kes Adam Rosly agak jelas, di mana dia tidak dapat menjelaskan bagaimana dia memperoleh kekayaan. Dia tidak mengisytiharkan asetnya," kata Rafizi.

"Berbeza dengan Adam, Guan Eng mengisytiharkan asetnya," tambah Rafizi.

Pada 21 April lalu, Adam, 29, didakwa di Mahkamah Seksyen di sini terhadap dua pertuduhan memberi keterangan palsu dan empat pertuduhan kerana memberikan dokumen palsu dengan niat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kekayaan Adam mendapat perhatian tahun lalu kerana memiliki banglo berbentuk istana di Ampang pada usia muda.

Pada 30 Jun tahun lalu, Guan Eng didakwa menerima suapan untuk dirinya dan isteri, Betty Chew dengan meluluskan pertukaran dua lot tanah pertanian milik Magnificent Emblem untuk pembangunan perumahan ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri pada 18 Julai 2014.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berdepan satu lagi pertuduhan yang didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan dengan membeli banglo di Pinhorn Road daripada ahli perniagaan pada harga RM2.8 juta, di bawah nilai pasaran RM4.27 juta, pada 28 Julai 2015.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan