Kenyataan PAS Gambarkan Parti Sombong, Bongkak - Mahfuz

Diterbitkan: Isnin, 24 April 2017 9:25 AM

Datuk Mahfuz Omar

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kenyataan PAS yang mengarahkan pembangkang berundur dan memberi laluan kepada parti itu untuk bertanding sendirian menentang Umno menggambarkan parti itu sombong dan bongkak.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia boleh menyebabkan parti itu hilang sokongan daripada pengundi.

"Kenyataan sebegitu tidak membantu untuk bina keyakinan masyarakat terhadap PAS. Sebaliknya ia semakin menjarakkan hubungan PAS dengan masyarakat dan pengundi yang bukan terdiri daripada ahli PAS.

"Ahli tegar PAS mungkin akan rasa seronok. Tetapi PAS kena ingat yang kemenangan PAS terdahulu bukan bergantung kepada undi dan sokongan ahli PAS semata-mata," katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, PAS dilaporkan 'mengarah' parti pembangkang supaya jangan masuk bertanding di 80 kerusi pilihannya pada PRU-14 akan datang.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ia bagi mengelakkan berlakunya pertembungan tiga penjuru ketika PAS menentang Umno.

Menurut Mahfuz lagi, kenyataan yang dibuat Mohd Khairuddin juga seolah-olah​ menggambarkan rasa cemas PAS untuk mendepani PRU akan datang.

"PAS patut berundinglah (dengan Pakatan Harapan). Bertanding tak sampai 80 kerusi dahulu pun PAS tak pernah menang," katanya lagi.

Tags / Kata Kunci: PRU-14 , Datuk Mahfuz Omar

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan