Ikrar Sultan Muhammad V Sebagai Yang di-Pertuan Agong

Diterbitkan: Isnin, 24 April 2017 11:27 AM

Sultan Muhammad V berkenan melafaz Warkah Ikrar pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke 15 di Istana Negara, Isnin.
 -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berikut adalah ikrar Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Istiadat Pertabalan di Balairung Seri, Istana Negara, Isnin.

"BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, BETA SULTAN MUHAMMAD KELIMA BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SUBAHANAHU WATA''ALA KERANA DENGAN IZINNYA BETA TELAH DIPILIH MENJADI YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA BELAS.

"DENGAN INI, BETA AKAN MENJALANKAN SEADIL-ADILNYA PEMERINTAHAN BAGI MALAYSIA MENGIKUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN NEGARA, SERTA MEMELIHARA DENGAN SEMPURNA SETIAP MASA, AGAMA ISLAM, DAN BERDIRI TEGUH DI ATAS PEMERINTAHAN YANG ADIL DAN AMAN DALAM NEGARA."

Sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membacakan Surat Perisytiharan bahawa Sultan Muhammad V telah dipilih oleh Raja-Raja Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong.

"BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, BAHAWA INILAH DIMASYHURKAN KEPADA SEKALIAN ORANG SERTA PENDUDUK MALAYSIA IAITU DULI-DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA TELAH MEMILIH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN MUHAMMAD V, DAN PADA HARI, WAKTU DAN SAAT YANG GILANG GEMILANG INI, MAKA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU DITABALKAN NAIK TAKHTA KERAJAAN MENJADI TURUS NEGARA BAGI MALAYSIA DENGAN BERGELAR KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA BELAS." -Bernama

Tags / Kata Kunci: ikrar , Sultan Muhammad V , Balairung Seri

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan