Budak Dipukul Tunjuk Tanda Darah Beku Di Bahu Kiri

Diterbitkan: Isnin, 24 April 2017 3:56 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seorang budak lelaki berusia 11 tahun yang kehilangan kedua kakinya kini mula menunjukkan darah beku di bahu kiri.

Menurut ibu saudara mangsa, Nurul Nabila Ahmad, 30, bahu kiri Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi menunjukkan tanda-tanda darah beku pada pukul 6 petang Ahad.

Bercakap ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail di sini Isnin, Nurul berkata, doktor memberikan ubat penipisan darah kepada anak saudaranya.

Dilaporkan tangan kanan Mohamad Thaqif kembali kepada warna asal secara perlahan-perlahan selepas ia berwarna kehitaman akibat jangkitan kuman.

Nurul turut memberitahu bahawa ujian telah dijalankan ke atas tangan kanan anak saudaranya yang terkena jangkitan kuman dari paras siku sehingga jari.

Bagaimanapun, ubat bagi merawat tangan Mohamad Thaqif memerlukan masa 48 jam untuk menampakkan kesan sepenuhnya dan hanya boleh diketahui pada pagi Selasa.

Dilaporkan murid berkenaan didakwa dipukul oleh pembantu warden di sebuah sekolah tahfiz di Kampung Lukut, Kota Tinggi di sini.

Mangsa yang merupakan tiga daripada lima beradik mengalami demam selepas lembam dan bengkak mula kelihatan pada kedua kakinya akibat jangkitan kuman.

Doktor terpaksa memotong kedua kakinya bagi mengelakkan kuman itu daripada merebak.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan