MIB Bukti Komitmen Kerajaan BN Untuk Kaum India - Najib

Diterbitkan: Ahad, 23 April 2017 8:56 PM

Najib Tun Razak (empat,kiri) memegang naskah buku Malaysian Indian Blueprint selepas melancarkan Pelan Tindakan Sosio Ekonomi Masyarakat India di Pusat Dagangan Dunia Putra, Ahad. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelan Tindakan Masyarakat India  Malaysia (MIB) merupakan komitmen dan kesungguhan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk terus membangunkan taraf hidup kaum India di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau  berkata pelan tindakan itu, yang dirangka untuk membantu masyarakat berkenaan terutama golongan B40 (golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah) , dihasilkan dengan teliti melalui pendekatan secara menyeluruh dan inklusif.

"MIB ialah satu pelan realistik untuk kita bergerak ke hadapan. Ia adalah pelan yang boleh dilaksanakan dan dicapai," kata beliau semasa berucap melancarkan MIB di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan, Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.

Najib yang juga Pengerusi BN menegaskan bahawa MIB bukan satu retorik dan tidak mempunyai kaitan dengan pilihan raya umum akan datang kerana proses penghasilannya bermula sejak Mei 2015. Ada pihak tertentu yang kata pelan tindakan ini sahajalah yang kita lakukan.

Tetapi hakikatnya perbuatan mereka menunjukkan ia satu lagi berita palsu yang dibuat oleh pihak yang sinis dan terdesak.

"Biar  saya nyatakan di sini bahawa perjalanan untuk mengubah nasib sosioekonomi kaum India telah kita mulakan sejak 2009 lagi dan kita telah mencapai banyak kejayaan.

"Dan kerajaan berpendapat bahawa dengan  MIB ini, kita dapat satukan segala usaha kita dalam bentuk dokumen, lebih-lebih lagi kita gariskan apa yang kita nak capai," kata Najib.

Perdana menteri berkata pelan itu juga mencatat sejarah tersendiri kerana ia merupakan dokumen rasmi pertama yang dirangka dan dilaksanakan kerajaan BN khusus untuk masyarakat India di negara ini.

Najib berkata perjalanan inisiatif yang digariskan di dalam dokumen itu akan dipantau Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India (CCIC) yang dipengerusikan beliau manakala pelaksanaannya akan dipantau Jawatankuasa Exco yang dipengerusikan Dr Subramaniam.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan beberapa inisiatif yang dirangka khas untuk menaik taraf sosioekonomi masyarakat India, yang termasuk peruntukan sebanyak RM500 juta bagi skim dana saham di bawah Permodalan Nasional Berhad khusus untuk kumpulan sasar dalam golongan B40.

Beliau berkata kerajaan juga akan melakukan intervensi tertentu untuk meningkatkan enrolmen pelajar India di institusi pengajian tinggi awam seperti universiti, kolej, dan politeknik kepada sekurang-kurangnya 7 peratus.

"Saya juga bersetuju agar satu sistem kelulusan khas dapat dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri bagi membantu golongan kaum India yang menetap atau dilahirkan di Malaya sebelum 1957, untuk mendapat kewarganegaraan.

“Ini adalah selaras dengan pengorbanan dan sumbangan mereka kepada negara kita selama ini,” kata perdana menteri.

Najib berharap semua pihak terlibat serta masyarakat India Malaysia sendiri dapat memberi komitmen dan sokongan padu dalam usaha merealisasikan objektif pelaksanaan pelan tindakan itu. -Bernama

Tags / Kata Kunci: MIB , Najib Tun Razak

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan