Aidi Dilantik Ketua Polis Terengganu

Diterbitkan: Ahad, 23 April 2017 5:41 PM

PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, CP Datuk Acryl Sani Bin Haji Abdullah Sani (tengah) menyaksikan majlis penyerahan kuasa antara Ketua Polis Terengganu, CP Datuk Rosli Ab Rahman (kiri) dan DCP Datuk Aidi Ismail di Ibu Pejabat Polis Terengganu di Kuala Terengganu pada 23 April 2017. - ZABIDI TUSIN/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Timbalan Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (Start) Bukit Aman, Datuk Aidi Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu berkuat kuasa pada Ahad.

Anak kelahiran Kuala Terengganu itu menggantikan Datuk Rosli Ab Rahman yang dinaikkan pangkat dan menyandang jawatan Ketua Polis Pahang.

Majlis serah terima tugas antara dan Rosli dan Aidi itu disaksikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini.

Acryl pada majlis itu berkata beliau yakin kedua-dua mereka mampu menggalas tanggungjawab dan kepercayaan yang diamanahkan dengan pengalaman yang luas dalam bidang kepolisan.

Katanya dengan kehadiran pucuk pimpinan terbaru itu dapat memberi suntikan dan transformasi baru dalam menerajui kontinjen Terengganu.

"Setiap pucuk pimpinan terbaru semestinya mereka mempuyai makanisme dan misi yang tersendiri yang telah dirancang,"katanyaa menurut laporan Bernama.

Sementara itu Aidi berkata beliau akan meneruskan legasi cemerlang yang telah dicapai sepanjang kepimpinan ketua polis sebelum ini.

Katanya selain merapatkan hubungan antara polis dan masyarakat serta mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, rempit dan sebagainya dalam usaha bagi memastikan jenayah di negeri ini terus berkurangan, latihan kepakaran juga akan diberikan kepada anggota polis.

Aidi, 53, yang berasal dari Kampung Ladang, Kuala Terengganu telah 25 tahun berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan