PDRM, SKMM Diminta Siasat Gambar Intim Mirip Zairil, Dyana Sofya

Diterbitkan: Sabtu, 22 April 2017 9:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta menyiasat gambar intim seorang lelaki yang mirip Anggota Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, dan seorang wanita yang menyerupai Dyana Sofya Mohd Daud, bekas calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan yang tersebar di laman sosial.

Pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (Gaum) Datuk Zulkarnain Mahdar berkata siasatan perlu dilakukan bagi mencari dalang terbabit, sekali gus membersihkan nama Barisan Nasional (BN) dan Umno yang dituduh menyebarkan gambar itu.

"Saya cukup yakin bukan ahli Umno atau BN (sebarkan gambar itu). Dalam menghadapi pilihan raya umum, kita berperang dengan DAP menggunakan fakta.

"Mungkin musuh Zairil buat (sebarkan), mana kita tahu. Oleh itu, kita mahu polis dan SKMM siasat (perkara ini)," katanya selepas membuat laporan polis berhubung gambar berkenaan di Balai Polis Sri Petaling di sini, Sabtu.

Beliau berkata Zairil mahupun Dyana Sofea juga perlu tampil memberi penjelasan memandangkan semua pihak ingin tahu perkara sebenar sama ada gambar itu palsu atau tidak.

"Zairil sendiri perlu tampil buat laporan polis...saya bersetuju dengan Dyana Sofea yang penyebaran gambar itu mengganggu hak individu dan tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Beberapa hari lepas, beberapa gambar intim yang didakwa Dyana Sofya yang juga Zairil yang juga Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang tersebar di laman sosial.

Ini merupakan kali ketiga penyebaran gambar dan video yang didakwa membabit kedua-dua pemimpin Melayu DAP itu.
-Bernama
Tags / Kata Kunci: gambar intim , Dyana Sofya , SKMM , PDRM

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan