Perkasa Pertahan Status PR Dr Zakir Naik

Diterbitkan: Sabtu, 22 April 2017 7:02 PM

Datuk Dr Ibrahim Ali

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Dr Ibrahim Ali mempertahankan hak kerajaan untuk memberikan status penduduk tetap (PR) kepada Dr Zakir Naik, menyatakan tiada satu pun tuduhan terhadap pendakwah kontroversi itu dapat dibuktikan.

"Kerajaan mempunyai hak untuk memberikan perlindungan politik atau status PR kepadanya. Beliau tidak pernah menggalakkan keganasan atau ekstremisme dan kita tidak boleh membuktikan sebarang dakwaan pengubahan wang haram ke atas dirinya," kata Presiden Perkasa itu.

Katanya, kerajaan tidak sepatutnya melayan gesaan untuk mengusir Zakir atau membatalkan status PR beliau.

Ibrahim berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri perbincangan meja bulat 'Pelaburan China: Kesan ekonomi dan geo-politik'  anjuran Perkasa, Sabtu.

Ibrahim berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana teologi perbandingan yang diamalkan oleh Zakir 'dibahaskan setiap hari', walaupun di dunia Barat.

"Saya percaya beliau tidak secara sukarela pergi ke India  kerana bimbang akan dizalimi di sana," kata Ibrahim.

Zakir dikehendaki di India berhubung pengubahan wang haram. Kerajaan India juga memohon Notis Merah Interpol terhadap beliau untuk mengawal pergerakan keluarnya dari Arab Saudi di mana beliau kini berpangkalan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi minggu lalu mengesahkan bahawa Zakir mempunyai status penduduk tetap yang diberikan kepada kira-kira lima tahun lalu.

Kehadiran Zakir di Malaysia telah menyebabkan Pemuda MIC, dilaporkan membuat beberapa laporan polis terhadapnya, selain Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) juga meminta kerajaan mengharamkan pendakwah itu daripada memasuki negara ini.

Beliau kali terakhir melawat Malaysia pada tahun 2012 dan kehadirannya juga ditentang oleh masyarakat Hindu.

Zakir, penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2013, dilaporkan menimbulkan kemarahan masyarakat Hindu dengan menghina dewa-dewa mereka dan amalan vegetarian.

Beliau juga tidak dibenarkan masuk ke Kanada dan United Kingdom pada 2012 selepas dilaporkan menyatakan sokongan kepada kumpulan pengganas Al-Qaeda.

Tags / Kata Kunci: status PR , Dr Zakir Naik , Ibrahim Ali

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan