13,000 Saman Dalam Lima Hari Pelaksanaan Awas, Kejara

Diterbitkan: Sabtu, 22 April 2017 2:35 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sejumlah 13,096 saman dikeluarkan hanya dalam tempoh lima hari selepas pelaksanaan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) pada 15 April lepas.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata ia meliputi 11,556 saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju dan 1,540 saman kerana melanggar lampu isyarat merah bagi tempoh 15 hingga 20 April.

"Lebih 13,000 saman telah dikeluarkan dalam tempoh lima hari namun tiada mata demerit dikenakan kerana mata demerit hanya diberikan selepas kompaun dibayar dan akan dikenakan kepada pemandu kenderaan dan bukan pemilik kenderaan.

"Jumlah saman yang banyak ini menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia yang sukar untuk mengubah sikap semasa di jalan raya walaupun sistem ini telah dilaksanakan," katanya selepas Program IM4U anjuran Persatuan Suri  and  Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Cawangan Kementerian Pengangkutan di sini, Sabtu.

Sistem yang dilaksanakan bagi membantu mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya hanya melibatkan kesalahan melibatkan had laju dan pelanggaran isyarat lampu merah.

Saripuddin berkata sebanyak 14 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) telah dipasang seluruh negara dan kementerian akan menambah lagi jumlah kamera selepas ini bagi memudahkan mengesan pengguna yang melakukan kesalahan jalan raya.

"Pengguna jalan raya perlu turut sama memberikan kerjasama dan sokongan bagi membolehkan jumlah kemalangan dan kematian menurun. Ini penting untuk keselamatan bersama pengguna jalan raya dan bukan semata-mata kerana mahu mengelak daripada dikenakan mata demerit," katanya.

Terdahulu, seramai 30 anak-anak yatim Rumah Baitul Ahmad menerima sumbangan berbentuk pakaian dan wang yang disampaikan oleh Penaung Puspanita Cawangan Kementerian Pengangkutan, Datin Sabariah Tukiman.

Program tersebut turut melibatkan kerjasama antara Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Skuad Muda 1 JPJ negeri.-- Bernama 

Tags / Kata Kunci: Awas , Kejara

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan