Waran Tangkap Zakir Naik

Diterbitkan: Jumaat, 21 April 2017 2:09 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mahkamah khas Agensi Penyiasatan Nasional India (NIA) India mengeluarkan waran tanpa jaminan terhadap ulama Islam, Dr Zakir Naik kerana didakwa terlibat dalam kes berkaitan pengganas.

The Times of India melaporkan, agensi memberitahu mahkamah berkenaan bawa Zakit gagal tampil walaupun tiga saman telah dikeluarkan terhadapnya dan NIA akan mendapatkan bantuan Interpol untuk membawanya pulang ke India.

NIA telah mendaftarkan kes terhadap Zakir mengikut Akta (Pencegahan) Kegiatan Menyalahi Undang-Undang tahun lalu.

Kerajaan India juga mendapatkan notis merah Interpol terhadap ulama yang memimpin Yayasan Penyelidikan Islam untuk mengawal pergerakannya di Arab Saudi yang menjadi pangkalan kegiatannya.

Minggu lalu, satu lagi mahkamah di India juga telah mengeluarkan waran tanpa jaminan terhadap Zakit kerana kesalahan pengubahan wang haram.

Ulama berusia 51 tahun itu meninggalkan India tahun lalu, dipercayai bagi mengelak dirinya ditahan susulan serangan pengganas di Dhaka yang didakwa berlaku hasil cetusan ilhamnya.

Susulan itu, NIA mendaftarkan kes itu terhadapnya dan beberapa pegawai yang mengendalikan kegiatannya.

Baru-baru ini, Zakir berada di Malaysia untuk menerima anugerah yang disampaikan pertubuhan bukan kerajaan, Perkasa.

Beliau juga telah memperoleh status Pemastautin Tetap (PR) negara ini sejak lima tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: NIA , Zakir Naik

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan