Tak Kompromi Jika Pelajar Terlibat Kongsi Gelap

Diterbitkan: Jumaat, 21 April 2017 2:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Kementerian Pendidikan tidak akan berkompromi,mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa, jika terdapat pelajar sekolah yang ditangkap kerana terlibat dalam kegiatan jenayah termasuk gangsterism.

Menteri berkenaan menegaskan pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menangkap pelajar berkenaan atau mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang ke atas mereka.

"Kalau pelajar itu telah terbukti melakukan kesalahan jenayah, polis tangkap sajalah ambil tindakan sebab mereka ini tidak mahu sekolah lagi.

"Kita (kementerian) tidak mahu berunding lagi (dengan polis atau ibu bapa) kalau pelajar berkenaan telah disahkan oleh polis ada elemen jenayah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Kecemerlangan Pendidikan 2.0 Parlimen Kualq Kangsar di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan 18 orang termasuk 13 pelajar kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti kumpulan kongsi gelap Geng 24 di sekitar Klang, Jumaat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tangkapan itu dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Staffoc).

Khalid menerusi catatan di laman Twitternya juga memberi amaran bahawa ramai lagi akan ditangkap kerana terlibat dalam aktiviti Geng 24.

Mahdzir dalam pada itu meminta ibu bapa supaya sentiasa mengawasi anak-anak mereka bagi mengelak terjebak dengan kegiatan jenayah dan tidak menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab itu kepada pihak sekolah.

Ditanya mengenai penglibatan pelajar sekolah dalam kegiatan jenayah termasuk kongsi gelap, Mahdzir berkata ia boleh dilihat menerusi enrolmen kehadiran pelajar di sekolah.

"Unsur ini (penglibatan dalam jenayah) boleh dilihat bermula dengan tidak hadir ke sekolah. Ada sekolah di bandar dan luar bandar yang enrolmen jatuh sehingga 85 peratus," katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: kongsi gelap , Kementerian Pendidikan

iklan

Video

Selasa, 27 Jun 2017 3:00 PM

Ardell Dah Jemu Berlakon?

Selasa, 27 Jun 2017 2:25 PM

Siti Nurhaliza Pun Naik ETS Tau!

Selasa, 27 Jun 2017 9:33 AM

Hazman dan Eryn Raya Bersama?

Isnin, 26 Jun 2017 5:00 PM

Wow... Gaya 5 Selebriti Di Pagi Raya

Isnin, 26 Jun 2017 3:00 PM

Dapat Impak Ramai Penyanyi Bernama 'Wani'

Isnin, 26 Jun 2017 12:09 PM

Kisah Raya 3 Teruna

Isnin, 26 Jun 2017 9:30 AM

Selongkar Raya Zara Zya

Kolumnis

iklan

Iklan