Pensyarah 'Rasis' Mohon Maaf

Diterbitkan: Jumaat, 21 April 2017 12:59 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pensyarah Universiti Malaya (UM) yang didakwa membuat kenyataan berunsur perkauman terhadap dua penuntut kaum India telah memohon maaf.

Naib Canselor UM, Tan Sri Mohd Amin Jalaludin berkata, satu pertemuan melibatkan kedua-dua pihak telah diadakan bulan lalu di mana pensyarah wanita itu telah memohon maaf atas perbuatannya itu.

Beliau yang turut hadir pada pertemuan itu mengesahkan kedua pelajar terlibat juga menerima permohonan maaf pensyarat berkenaan.

“Pensyarah terbabit juga menyesali kejadian yang berlaku dan menegaskan bahawa beliau tidak berniat untuk menimbulkan sebarang isu perkauman, dan berjanji akan lebih berhati-hati pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Jelas Mohd Amin, pensyarah itu meminta maaf secara lisan dan bertulis, manakala pelajar terlibat berharap ia tidak berulang.

Dalam kenyataan itu, UM memaklumkan pihaknya tidak akan bertolak ansur kepada mana-mana ahli akademik dan pentadbirannya yang tidak mengamalkan dasar menghormati sesama kaum.

Pihak UM telah menggantung pensyarah terbabit daripada terus mengajar kelas yang beliau didakwa melontarkan kenyataan yang dianggap rasis itu.

Catatan pada Facebook yang tersebar pada Februari lalu mendakwa pensyarah itu melarang dua pelajarnya daripada duduk bersebelahan dengan alasan kaum India cenderung “meniru dan memplagiat tugasan."

Pensyarah wanita itu kemudian didakwa berkata beliau tidak akan meletakkan mereka dalam kumpulan sama untuk tugasan kerana beliau "kenal sikap kaum India."

Panel lima anggota telah dibentuk untuk menyiasat dakwaan itu, yang kemudian dibawa kepada oleh Majlis Profesor Negara (MPN) untuk penubuhan Jawatankuasa Penasihat.

Tags / Kata Kunci: UM , Mohd Amin Jalaludin

iklan

Video

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Kolumnis

iklan

Iklan