Zakir Naik: PAS Bidas Subra

Diterbitkan: Jumaat, 21 April 2017 4:08 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS membidas Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam kerana mempersoalkan status Pemastautin Tetap (PR) negara ini yang diberikan kepada ulama, Dr Zakir Naik yang disegani umat Islam seluruh dunia.

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hasan berkata, Presiden MIC itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan terutamanya melibatkan kepentingan Islam dan umat Islam termasuk terhadap Pengerusi Yayasan Penyelidikan Islam itu.

Katanya, sebagai seorang yang menjawat menteri kesihatan, bukan bidang kuasa Datuk Seri Dr S Subramaniam untuk campur tangan dalam urusan ini.

"Dr Zakir Naik adalah seorang pendakwah dan penceramah yang diiktiraf kepakarannya dalam ilmu perbandingan agama dan sangat dihormati oleh para ulama Islam dan umat Islam di seluruh dunia.

"Mengaitkan Dr Zakir Naik dengan keganasan dan pencetus ketegangan antara agama adalah suatu tuduhan dan semata-mata andaian yang bukan-bukan oleh S Subramaniam.

"Sebagai seorang menteri juga sepatutnya beliau mengetahui dan memahami tatacara yang digunapakai bagi pemberian taraf pemastautin tetap kepada orang asing di negara ini," kata Nasrudin dalam kenyataan, Jumaat.

Nasrudin mengulas kenyataan Subramaniam baru-baru ini yang mempersoalkan pemberikan status PR Malaysia kepada pendakwah kontroversi itu.

Sebelum ini, Subramaniam juga memberi amaran bahawa kehadiran pendakwah kontroversi itu boleh mengancam perpaduan negara.

Selasa lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kerajaan telah memberi status PR kepada Zakir sejak lima tahun lalu.

Zakir sebelum ini dikaitkan dengan aktivit keganasan dan kini dihendaki pihak berkuasa India atas tuduhan pengubahan wang haram.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, taraf PR bukan hak individu tetapi anugerah kerajaan kepada warga asing, sekali gus mempunyai permit masuk sah yang dikeluarkan Jabatan Imigresen dan memiliki pasport antarabangsa negara asal mereka.

"Taraf pemastautin tetap antaranya diberikan kerana seseorang itu mempunyai kelulusan profesional atau kepakaran yang membolehkannya memberikan perkhidmatan profesional dan kepakarannya kepada negara ini tanpa menjejaskan kepentingan warganegara negara yang sedia ada," katanya.



Tags / Kata Kunci: Nasrudin , PAS , Zakir Naik

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan