Bonus Rakyat 1 Kedah Palsu

Diterbitkan: Jumaat, 21 April 2017 10:09 PM

Ahmad Bashah Md Hanipah.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada Jumaat menafikan kerajaan negeri mengagihkan Bonus Rakyat 1 Kedah (BR1K) sebanyak RM750 seperti yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp dan media sosial baru-baru ini.

Katanya beliau mendapat banyak pertanyaan mengenai kesahihan berita itu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

"Bagi saya mesej ''nakal'' itu datang daripada pihak yang ketandusan idea untuk menyerang kerajaan yang ditadbir baik oleh Barisan Nasional (BN) pada masa ini," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Mesej berkenaan menyatakan kononnya Ahmad Bashah melancarkan BR1K bagi membantu rakyat negeri ini menyambut Ramadan dan ia hanya boleh dimohon oleh rakyat Kedah yang berumur di antara 16 hingga 55 tahun secara dalam talian.

Ahmad Bashah berkata golongan tidak bertanggungjawab itu sanggup menggunakan kesucian Ramadan semata-mata untuk membuat serangan politik kerana mahu memburukkkan imejnya dan BN. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Ahmad Bashah , Bonus Rakyat 1 Kedah

iklan

Video

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Kolumnis

iklan

Iklan