Zairil Sudah Beri Penjelasan Kepada Guan Eng - DAP

Diterbitkan: Khamis, 20 April 2017 11:57 AM

Zairil Khir Johari

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP Zairil Khir Johari telah memberikan penjelasan kepada pucuk pimpinan parti berhubung gambar kontroversi seorang lelaki bercumbu dengan seorang wanita yang dikaitkan dengan dirinya.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata ahli Parlimen Bukit Bendera itu telah bertemu Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng pada petang Selasa.

"Oleh kerana ini adalah serangan peribadi ke atas dirinya, Zairil telah meminta untuk menyelesaikan isu itu sendiri buat masa ini.

"Kenyataan ini dikeluarkan untuk memaklumkan orang ramai," kata Kon Yeow dalam satu kenyataan, Khamis.

Pada Selasa, empat gambar pasangan itu, yang dikatakan menyerupai wajah Ahli Parlimen Bukit Bendera (DAP) Zairil Khir Johari dan Ahli Majlis Eksekutif Pemuda DAP Kebangsaan Dyana Sofya Mohd Daud telah tersebar secara meluas di media sosial.

Zairil, bagaimanapun, menafikan bahawa lelaki dalam gambar itu adalah dirinya dan menegaskan bahawa gambar-gambar itu palsu.

Dalam posting Facebooknya, Dyana Sofya berkata gambar-gambar itu adalah serangan peribadi ketiga ke atas beliau dalam tempoh dua bulan.

Pada Khamis, gambar kelima pasangan menyerupai wajah dua ahli politik DAP itu muncul.

Zairil tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan