Pelan Tindakan Kebangsaan Untuk Masyarakat India Bakal Dilancar

Diterbitkan: Khamis, 20 April 2017 10:31 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas empat dekad, satu inisiatif segar persekutuan bakal dilancarkan untuk membela nasib masyarakat India.

Pada Ahad, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan menentukan arah dan masa depan kira-kira 1.7 juta kaum India di negara ini dengan satu pelan tindakan kebangsaan untuk mereka.

Pelan induk komprehensif ekonomi untuk masyarakat India kali terakhir, yang disediakan oleh MIC pada tahun 1974 gagal kerana ia dianggap sebagai 'terlalu kabur'.

Pelan tindakan 10 tahun itu mempunyai sasaran dan dasar yang lebih khusus yang ditetapkan untuk menangani nasib kaum India.

Satu unit khas di bawah Jabatan Perdana Menteri, diketuai oleh seorang ketua pengarah akan melaksanakan pelan tindakan tersebut.

Dianggarkan seramai 695,030 masyarakat India di Malaysia berada dalam kategori B40 atau kumpulan 40 peratus isi rumah dengan pendapatan bulanan sehingga RM3,855.

Dari jumlah ini, 139,010 keluarga tinggal di 38 daerah di sembilan negeri dan berpendapatan kurang dari RM2,537 sebulan.

Menurut seorang pegawai, pelan tindakan itu akan meliputi keperluan asas sehingga ke aspek pendidikan, perdagangan, perumahan, pekerjaan dan keusahawanan, identiti dan keterangkuman masyarakat.

Pembangunan sekolah-sekolah Tamil dan pinjaman untuk perniagaan kecil-kecilan serta pengusaha juga akan dinyatakan.

"Cabaran sebenar adalah dalam aspek penyampaian dan pelaksanaan, bersama-sama dengan pemantauan dan penilaian impak.

"Cabaran-cabaran ini akan ditangani dalam pelan tindakan itu," kata Felo Utama di Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Denison Jayasooria.

Naib Presiden Monash University Malaysia (Penyelidikan dan Pembangunan) Profesor Mahendhiran Sanggaran Nair, yang memberikan input untuk rangka tindakan aspek ekonomi, berkata pelancaran itu tepat pada masanya.

"Sehingga kini, tidak ada pelan tunggal bagi mengintegrasikan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat India.

"Rangka tindakan ini akan membolehkan komuniti dan perniagaan India di Malaysia meningkatkan daya saing mereka dan menjadi sebahagian daripada ekonomi Malaysia yang meningkat menjadi  lebih global," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan