Mohamed Khaled Terima Surat Peletakan Jawatan Abdul Latif

Diterbitkan: Khamis, 20 April 2017 5:44 PM

Mohamed Khaled Nordin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin mengesahkan penerimaan surat peletakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi pada 20 April.

Menurut Mohamed Khaled dalam satu kenyataan pada Khamis, surat peletakan jawatan itu memaklumkan bahawa Abdul Latif melepaskan semua jawatan rasmi Kerajaan Negeri Johor.

"Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Johor menghormati keputusan yang diambil oleh beliau dan pastinya ia bersandarkan penilaian yang terbaik untuk semua pihak.

"Saya berharap proses keadilan dapat berlangsung mengikut peruntukan undang-undang yang disediakan," katanya dalam kenyataan tersebut.

Dalam masa sama, Mohamed Nordin memberitahu bahawa pihak Kerajaan Negeri Johor dan dirinya merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas jasa dan khidmat bakti yang telah diberikan.

"Pihak kerajaan negeri berharap dan mendoakan agar segala urusan beliau selepas ini dipermudahkan berjalan lancar".

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan