Guan Eng, DAP Elak Ulas Gambar 'Palsu' Zairil

Diterbitkan: Khamis, 20 April 2017 1:17 PM

Lim Guan Eng

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata buat masa ini beliau tidak akan mengulas mengenai gambar kontroversi seorang lelaki bercumbu dengan seorang wanita yang didakwa Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari.

"Saya akan mengeluarkan kenyataan jika perlu dan tidak akan memberi komen mengenainya buat masa ini," kata Guan Eng pada sidang akhbar di Perpustakaan Digital Pulau Pinang pada Khamis.

Sebelum ini, Ketua DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, Zairil telah bertemu dengan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, pada petang Selasa berhubung isu ini.

"Oleh kerana ini adalah serangan peribadi ke atas dirinya, Zairil telah meminta untuk menyelesaikan isu itu sendiri buat masa ini," kata Kon Yeow dalam satu kenyataan.

Pada Selasa, empat gambar pasangan, yang dikatakan menyerupai wajah Ahli Parlimen Bukit Bendera (DAP) Zairil Khir Johari dan Ahli Majlis Eksekutif Pemuda DAP Kebangsaan Dyana Sofya Mohd Daud telah tersebar secara meluas di media sosial.

Zairil, bagaimanapun, menafikan bahawa lelaki dalam gambar itu adalah dirinya dan menegaskan bahawa gambar-gambar itu palsu.

Dalam posting Facebooknya, Dyana Sofya berkata gambar-gambar itu adalah serangan peribadi ketiga ke atas beliau dalam tempoh dua bulan.

Pada Khamis, gambar kelima pasangan menyerupai wajah dua ahli politik DAP itu muncul.

Zairil tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Tags / Kata Kunci: gambar tular , Zairil , Dyana Sofya

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan