Permohonan Parti Bebas Rasuah Diragui - ROS

Diterbitkan: Rabu, 19 April 2017 9:02 PM

Mohammad Razin Abdullah.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Siasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) ke atas permohonan Parti Generasi Baru untuk menukar kepada Parti Bebas Rasuah (PBR) yang dikemukakan oleh Datuk Mohd Ezam Mohd Nor dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendapati wujud beberapa keraguan.

Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, surat berdaftar yang dihantar ROS ke alamat pejabat Parti Generasi Baru seperti yang ditulis dalam permohonan untuk menukar nama kepada PBR tidak sampai dan dikembalikan kepada ROS.

"Pasukan penguatkuasaan ROS kemudiannya membuat pemeriksaan di alamat pejabat Parti Generasi Baru dan mendapati bilik mesyuarat di pejabat parti berkenaan yang didakwa menjadi lokasi mesyuarat agung luar biasa (EGM) merupakan premis dan bilik pameran menjual jubin tiga tingkat.

"Siasatan dengan pemilik kedai jubin itu pula mendapati kedai berkenaan sudah beroperasi sejak setahun lalu. Permohonan yang dikemukakan turut mendakwa EGM mengadakan mesyuarat di lokasi tersebut pada 8 malam 30 Mac dan permohonan untuk menukar nama kepada PBR dikemukakan kepada ROS pada pagi 31 Mac," kata Mohammad Razin kepada pemberita di pejabatnya di sini Rabu.

Tambah Mohammad Razin, keraguan lain yang dikesan pada permohonan berkenaan ialah nombor MyKad salah seorang ahli jawatankuasa merujuk kepada individu lain.

Sementara pemeriksaan dengan Jabatan Pendaftaran Negara pada MyKad seorang lagi ahli Jawatankuasa yang dikemukakan mendapati individu berkenaan tidak wujud.

Katanya, ROS masih menjalankan siasatan ke atas permohonan parti itu untuk menukar nama dan keterangan akan diambil dari beberapa lagi saksi. Selagi permohonan tersebut dalam siasatan Mohd Ezam tidak boleh menggunakan nama PBR, katanya lagi.

Sebelum ini Bernama melaporkan Presiden asal Parti Generasi Baru Datuk G. Kumar Aamaan mendakwa partinya telah disalahgunakan oleh Mohd Ezam dan Khairuddin dengan menukar nama parti itu kepada PBR.

Kumar Aaman mendakwa Mohd Ezam dan Khairuddin yang masing-masing Presiden dan Timbalan Presiden PBR didapati melakukan tindakan itu tanpa pengetahuan dan persetujuannya serta kira-kira 300 anggota parti itu kerana tiada sebarang notis atau mesyuarat dibuat.

Sehubungan itu, katanya, satu laporan polis dibuat selain mengemukakan aduan kepada  ROS dengan memohon siasatan lanjut kerana tindakan berkenaan melanggar perlembagaan parti dan undang-undang agensi berkenaan. 

Tags / Kata Kunci: ROS , Parti Bebas Rasuah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan