Peter Chong Buka Mulut Misteri Kehilangannya

Diterbitkan: Rabu, 19 April 2017 10:52 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Aktivis Peter Chong akhirnya membuka mulut mengenai misteri kehilangannya dan meminta maaf kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang bimbang mengenai tahap keselamatan beliau ketika berada di Thailand.

Bekas ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu turut berterima kasih kepada polis Malaysia di atas profesionalisme mereka dalam mengendalikan laporan kes orang hilang yang dibuat oleh keluarganya.

Katanya, polis amat membantu terutamanya sebaik beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di mana beliau memberi keterangan kepada pegawai penyiasat.

"Polis telah dimaklumkan mengenai kepulangan saya oleh ahli keluarga saya. Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok yang turut membantu.

Proses penghantaran pulang saya turut dibantu dua pegawai polis Thai dari Pattaya," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Chong turut mengesahkan maklumat yang dikeluarkan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh adalah tepat dan berdasarkan kenyataan beliau.

"Maklumat saya ditahan tanpa kerelaan dan sebabnya perlu kekal sebagai sebahagian daripada siasatan polis," katanya.

Chong turut menjelaskan beliau cuba membuat laporan polis di balai polis Pattaya tetapi dimaklumkan untuk berbuat demikian di Hatyai, di mana beliau mendakwa ditahan tanpa kerelaannya.

"Pegawai polis di balai polis Pattaya amat membantu dalam proses penghantaran pulang saya. Mereka turut menghubungi Kedutaan Malaysia dan juga keluarga saya. Saya amat berterima kasih kepada mereka," kata Chong.

Chong yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu, tiba di tanah air pada Ahad lalu selepas memasuki Thailand.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi twitternya @kbab51 pada Ahad memuat naik dua gambar aktivis sosial itu berbaju kemeja-T biru dan seluar pendek, dipercayai tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Minggu lalu, Khalid berkata, polis mempunyai bukti aktivis itu menyeberangi sempadan di Bukit Kayu Hitam pada kira-kira pukul 6.30 pagi Jumaat lalu, dan tiada rekod beliau kembali ke Malaysia.

Chong hilang tidak lama selepas mengemaskini halaman Facebooknya pada 31 Mac lalu mengenai pertemuan dengan seorang lelaki yang tidak dinamakan.

Tags / Kata Kunci: Peter Chong , PDRM

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan