PAS Heret Pembangkang Kalah Pada PRU14 - Tun M

Diterbitkan: Selasa, 18 April 2017 11:59 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keengganan PAS untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan bermakna parti Islam itu akan memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno pada pilihan raya umum nanti.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikan dalam catatan terbarunya di blognya.

Beliau berkata, berdasarkan rekod PAS, parti itu tidak akan mencatat kemenangan lebih 15 kerusi daripada keseluruhan 80 kawasan yang ditandingi.

"PAS tahu mereka akan kalah di kebanyakan kerusi, tetapi mereka masih mahu bertanding kerana mempertahankan pendirian mereka, menyebabkan berlaku saingan tiga penjuru atau lebih.

"Dengan bertanding sebegini, PAS bukan saja akan kalah, tetap mengheret semua parti pembangkang bersama mereka.

"Umno akan menang kerana keretakan dalam pembangkang ," katanya.

Beliau berkata, PAS akan "membelanjakan sejumlah wang yang banyak" untuk memberi kemenangan kepada BN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Jadi tidaklah keterlaluan untuk dikatakan PAS dibawah kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong Najib.

"Ketegasan mereka berkaitan calon untuk kerusi yang tidak akan dimenangi bermakna PAS menyokong Najib dan Umno," katanya.

Dr Mahathir berkata, tindakan PAS hanya memecahbelahkan Melayu dan komuniti Islam sejak penubuhannya.

Pakatan Harapan di mana Dr Mahathir selaku pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia masih berbincang dengan PAS untuk menyertai gabungan pembangkan itu sejak setahun lalu.

Bagaimanapun PAS masih berpendirian untuk tidak bekerjasama dengan DAP yang juga sebahagian parti gabungan itu.



Tags / Kata Kunci: Mahathir , PRU14 , Pakatan Harapan , PAS

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan