Kementerian Kesihatan Tunggu Keputusan Darah Sebelum Sahkan H1N1

Diterbitkan: Selasa, 18 April 2017 2:33 PM

subramaniam

Datuk Seri Dr S.Subramaniam

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan masih menunggu keputusan ujian darah dua pelajar pra-sekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Tasik di Cheras sebelum memutuskan sama ada mereka dijangkiti virus Influenza A (H1N1), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Dr Subramaniam berkata dua pelajar itu mengalami gejala demam, selesema serta batuk dan telah diasingkan daripada pelajar lain.

"Setiap hari pun ada virus seperti H1N1 dan kebanyakan orang mendapat simptom-simptom seperti itu.

"Cuma kumpulan berisiko tinggi seperti wanita mengandung dan warga emas yang mengalami gejala saluran pernafasan perlu lebih berhati-hati," katanya ketika ditanya mengenai berita yang tular di laman sosial yang menyatakan kelas pra-sekolah di Bandar Sri Permaisuri itu ditutup akibat jangkitan H1N1.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Malaysian Health Data Warehouse di sini, Selasa.

Dr Subramaniam juga berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan negara lain tidak lagi memantau jangkitan H1N1 secara khusus kerana ia dikategorikan sebagai influenza bermusim.

Justeru, katanya, orang ramai perlu tahu menjaga kebersihan diri dan segera berjumpa doktor jika mendapat selesema atau simptom yang berkaitan.

"Mereka yang demam selesema juga diminta mengasingkan diri daripada orang ramai supaya penyakit ini tidak mudah merebak, serta menggunakan topeng dan membasuh tangan setiap kali bersin," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan