Maafkan Akhbar Berkenaan - Abdul Hadi

Diterbitkan: Selasa, 18 April 2017 10:24 AM

Datuk Seri Abdul Hadi Awang

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta umat Islam di negara ini memaafkan akhbar Nanyang Siang Pau berhubung karikatur yang diterbitkan pada 8 April lalu yang dianggap menghina Islam.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook beliau, Abdul Hadi berkata PAS telah menerima permohonan maaf daripada akhbar harian berbahasa Cina itu pada 12 April selain maklum bahawa akhbar tersebut juga telah menerbitkan permohonan maaf secara terbuka.

"Saya dengan ini mengajak umat Islam yang terguris dengan penerbitan karikatur berkenaan agar dapat bersama saya untuk memaafkan pihak akhbar berkenaan, dengan harapan agar ianya tidak berulang lagi di masa depan.

"Saya merasakan bahawa kesilapan penerbitan ini berlaku adalah akibat dari keterlanjuran dan kejahilan dalam mereka memahami batasan sensitiviti agama yang sangat halus garisnya," katanya.

Abdul Hadi berkata beliau sering melihat batasan antara erti ‘kebebasan ekspresi’, ‘satira’ dan ‘sensitiviti masyarakat Islam’ yang sememangnya meletakkan agama sebagai satu urusan kehidupan yang terlalu mulia kadangkala sukar dibezakan oleh kalangan tertentu dalam masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang agama, keturunan, bangsa, pendidikan, dan sebagainya.

Pada Sabtu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Kementerian Dalam Negeri telah menerima permohonan maaf dan penjelasan Nanyang Siang Pau berhubung kontroversi karikatur tersebut.

Nur Jazlan berkata tiada tindakan akan diambil terhadap akhbar berkenaan, menekankan bahawa kesilapan yang sama tidak seharusnya diulangi kerana ia telah menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli PAS dan rakyat.

"Kementerian Dalam Negeri akan mula melihat insiden seperti ini dengan serius dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan serius.

"Kita tidak boleh menyakiti hati orang lain dan kemudian hanya meminta maaf," beliau dipetik sebagai berkata di Gelang Patah.

Tags / Kata Kunci: karikatur , hina Islam , Hadi Awang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan