'Desperado' Shabudin Guna Agama Selamatkan Diri - Guan Eng

Diterbitkan: Selasa, 18 April 2017 3:06 PM

Lim Guan Eng

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menggelarkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya sebagai 'desperado'  yang cuba menggunakan agama bagi menyelamatkan diri sendiri.

"Kami tidak pernah menyentuh mengenai undang-undang keluarga Islam.

"Kami hanya menentang apa yang beliau katakan di Parlimen, bahawa adalah 'okay' mangsa rogol berkahwin dengan perogol dan kanak-kanak berusia sembilan tahun yang telah mencapai akil baligh sudah bersedia secara fizikal dan rohani untuk berkahwin.

"Beliau mesti sangat terdesak untuk mengatakan bahawa gerakan yang dirancang untuk mengutuknya di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang disamakan dengan perbuatan mengecam undang-undang keluarga Islam.

"Ia adalah satu percubaan yang sangat tidak jujur ​​untuk membawa masuk agama dan menyelamatkan dirinya," kata Guan Eng pada sidang akhbar di pejabatnya di Komtar, Selasa.

Guan Eng berkata, perkara itu bukan mengenai agama tetapi hak-hak kanak-kanak perempuan, wanita dan mangsa rogol yang perlu dilindungi'.

"Berkahwin dengan mangsa rogol tidak boleh menyelesaikan kes rogol. Itulah gambaran telah beliau diberikan," tambah Guan Eng.

Dilaporkan bahawa kerajaan Pulau Pinang akan membawa usul itu ke Dewan Undangan Negeri yang akan bersidang untuk menentang Shabudin dan Umno.

Manakala dilaorkan juga bahawa Shabudin akan menentang beliau pada persidangan tersebut  berkaitan mengecam undang-undang keluarga Islam.

Sebelum ini Shabudin berkata langkah itu boleh ditafsirkan sebagai pelopor untuk menghapuskan undang-undang Islam negeri.

Beliau berkata, kenyataannya mengenai rogol dan perkahwinan kanak-kanak adalah berdasarkan kepada undang-undang keluarga Islam.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan