Tiada Layanan Istimewa Sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas - Hishammuddin

Diterbitkan: Isnin, 17 April 2017 2:35 PM

Hishammuddin Hussein.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak menganggap peranan baharunya itu sebagai layanan istimewa, sebaliknya tanggungjawab yang diamanahkan untuk dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.

"Tugas utama saya sekarang adalah membantu perdana menteri dengan menjaga keselamatan di Sabah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di Wisma Perwira.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata melindungi Sabah adalah satu daripada kebanyakan tugasnya sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas dengan lebih banyak lagi akan menyusul.

Katanya, selain membantu perdana menteri yang mengetuai jawatankuasa Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), beliau juga akan bekerjasama dengan lembaga penasihat Esszone yang dipengerusikan bersama oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

"Ia boleh jadi apa sahaja dan segalanya tapi saya belum bersedia untuk mengumumkan mengenainya lagi," kata beliau.

Hishammuddin turut memberitahu pihak tertentu agar berhenti melaga-lagakan beliau dan Ahmad Zahid dengan berkata beliau akan mengekalkan hubungan baik dengan menteri-menteri Kabinet.

"Pihak-pihak ini mempunyai agenda mereka sendiri. Hubungan kami sebenarnya sangat erat.

Saya lebih suka memberi tumpuan kepada tugas saya daripada mempedulikan pihak yang tidak berpuas hati," katanya.

Hishammuddin dan Ahmad Zahid sudah memulakan perbincangan mengenai cara untuk mendapatkan lebih ramai pihak terlibat dalam melindungi keselamatan Sabah dan Esszone.

"Beliau mencadangkan agar kami boleh dapatkan bekerjasama dengan nelayan supaya menjadi mata dan telinga serta kami boleh menjalankan pendekatan ini untuk diselaraskan dalam masa terdekat," katanya.

Hishammuddin dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas pada 12 April lalu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan