SSM Beri Diskaun 70 Peratus Kepada Peniaga Jelas Kompaun

Diterbitkan: Isnin, 17 April 2017 4:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menawarkan diskaun sebanyak 70 peratus terhadap kompaun yang dikenakan kepada syarikat dan pengarah syarikat selama sebulan sehingga 17 Mei ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, langkah tersebut diambil sempena sambutan ulang tahun SSM.

"Kita berharap peniaga dapat mengambil peluang selama satu bulan ini untuk menjelaskan bayaran kompaun masing-masing. Jika tidak, mereka boleh dikenakan penalti lebih tinggi jika dibawa ke mahkamah," kata Hamzah kepada media pada majlis sambutan SSM ke-15 di sini, Isnin.

Katanya, antara kesalahan yang sering dilakukan syarikat dan pengarah syarikat ialah gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan, tidak menghantar dan mempunyai penyata kewangan, serta tidak menghantar penyata tahunan kepada SSM.

Hamzah berkata, sejak 2012 sehingga kini, jumlah kompaun tertunggak dianggarkan lebih RM10 juta.

Jumlah syarikat diperbadankan dengan SSM ialah 1,213,714, manakala jumlah perniagaan didaftarkan ialah 6,366,064 buah dengan pendaftaran bagi milikan tunggal 5,137,177 dan perkongsian sebanyak 1,228,887.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zaharah Abd Wahab Fenner berkata, sempena ulang tahun itu, SSM juga melancarkan pertandingan ''Projek Inspirasiku''.

Katanya, ia bertujuan untuk mencari usahawan yang bermula daripada peringkat bawah sehingga berjaya untuk dijadikan motivasi dan semangat kepada masyarakat awam.

"Mereka yang berminat menyertai pertandingan ini perlu berkongsi pengalaman di www.myinspirasiku.com," kata Zahrah.

Lima orang pemenang yang dipilih akan dibawa jelajah ke setiap karnival anjuran SSM bagi berkongsi pengalaman dan kejayaan.

Pemenang pertama akan membawa pulang wang tunai RM10,000, tempat kedua, RM5,000 dan tempat ketiga, RM3,000.   -- Bernama

Tags / Kata Kunci: SSM , Zaharah Abd Wahab , Hamzah Zainuddin

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan