Isytihar Rasuah Musuh No.1 Negara - KP SPRM

Diterbitkan: Isnin, 17 April 2017 6:38 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Dewan Negara diminta menggesa kerajaan supaya mengisytiharkan rasuah dan salah guna kuasa sebagai musuh nombor satu negara, kata Datuk Dzulkifli Ahmad.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, saranan itu dibuat kerana setiap kejadian di negara ini berkait rapat dengan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa yang boleh menjatuhkan martabat negara di mata dunia.

"Keberanian dan sokongan ahli Dewan Negara dipohon untuk bersama SPRM bagi menggesa kerajaan mengisytiharkan rasuah sebagai musuh nombor satu negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog bersama Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negara yang turut dihadiri  Senator Datuk Seri SA. Vigneswaran di Parlimen, Isnin.

Dzulkifli berkata, isu berkaitan dadah, kebolosan warga asing, penyeludupan, ketirisan pendapatan serta hasil negara, persempadanan, keganasan, jenayah kewangan, perjudian dan pelacuran makin berleluasa kerana wujudnya amalan rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan agensi penguatkuasa dan mereka yang diamanahkan dengan kuasa.

"Salah satu sebab mengapa isu rasuah dan salah guna kuasa terus wujud adalah kerana agensi penguatkuasaan gagal melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka," katanya.

Beliau juga menyatakan sudah tiba masanya semua pihak untuk bersama menyatakan sokongan bahawa isu rasuah dan salah guna kuasa adalah isu nasional yang perlu ditangani bersama.

Tags / Kata Kunci: SPRM , Dewan Negara

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan