PAS Jangka PRU14 Julai Hingga September Ini

Diterbitkan: Isnin, 17 April 2017 12:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS menyasarkan PRU14 bakal berlangsung di antara Julai hingga September tahun ini.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, semuanya bergantung sekiranya parti Bersatu dilihat boleh menggugat Umno.

"Pada pendapat saya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak takut dengan Bersatu kerana parti itu boleh kacau undi orang Melayu.

"Oleh itu, jika Bersatu dilihat boleh gugat Umno maka PRU akan diadakan pada Julai namun kalau mereka rasa yakin, PRU akan diadakan pada September," katanya ketika temubual eksklusif bersama Sinar Harian.

Sebelum ini, pelbagai spekulasi mengenai tarikh sebenar PRU14 diberikan oleh penganalisis politik akan berlansung namun sehingga kini masih tiada sebarang  info mengenainya.

Tambahnya lagi, beliau mendapat maklumat bahawa perdana menteri kini sedang membuat kaji selidik untuk lihat kekuatan Bersatu.

"Kaji selidik itu dibuat di seluruh negeri di beberapa kawasan tertentu untuk lihat kekuatan dan pengaruh Bersatu.

"Macam parti lain seperti DAP, PKR dan PAS sendiri, Umno dah tahu kekuatan mereka, tapi Bersatu, mereka tidak tahu.

"Tambahan pula, Bersatu punyai potensi besar untuk rampas undi orang melayu maka ia jadi satu risiko besar buat Umno," katanya lagi.

Bagaimanapun, beliau mendakwa Bersatu membuat satu kesilapan besar apabila menyertai Pakatan Harapan.

"Bila Bersatu sertai Pakatan Harapan, susah sikit untuk dapatkan undi melayu sebab majoriti pengundi, mereka tidak sokong DAP.

"Namun, ini semua andaian sahaja, jika nak tahu keputusannya, kena tunggu PRU14 nanti," tambahnya lagi


Tags / Kata Kunci: PAS , PRU14

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan