Hidup Mewah Pemuda 21 Tahun Bergelar Datuk Jadi Tular

Diterbitkan: Isnin, 17 April 2017 1:01 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kehidupan serba mewah lelaki berusia 21 tahun yang bergelar Datuk telah menarik perhatian netizen apabila postingnya di laman media sosial menjadi tular.

Posting Datuk Muhammad Saiful Muhamad Ali di akaun Facebook dan Instagram menggambarkan gaya hidupnya yang mewah terutama video yang dimuatnaik sempena sambutan hari lahirnya yang ke-21.

Menerusi video itu, Muhammad Saiful dan seorang lelaki yang lebih berusia, mungkin bapanya menuruni jet peribadi dan menaiki kereta mewah Rolls Royce sambil diiringi pengawal.

Mereka kemudiannya dibawa ke majlis sambutan hari lahir Muhammad Saiful yang diadakan di sebuah dewan yang dimeriahkan dengan persembahan muzik dan tarian.

Sehingga tengahari Isnin, video itu mendapat lebih 300,000 tontonan.

Berdasarkan gambar yang dimuatnaik di akaun Instagram, Muhammad Saiful menerima Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Datuk pada 2015.

Menerusi akaun Facebook, beliau adalah pengarah di beberapa perniagaan termasuk besi buruk, kedai runcit, cuci kereta dan studio rakaman.

Facebook:

www.facebook.com/DatoMuhammadSaiful/photos/a.222433781535686.1073741828.158176404628091/276652299447167/?type=3&theater

Berikutan tular mengenai kisah pemuda ini, ramai juga yang tertanya-tanya siapakah keluarganya dan apakah yang pernah dilakukan mereka sehingga diiktiraf istana.

Video di bawah merupakan berita yang dilaporkan mStar Online pada 20 Spetember tahun lalu dan kedua-dua individu tersebut adalah ibu dan bapa pemuda tersebut.


Tags / Kata Kunci: Datuk Muhammad Saiful , Rolls Royce

iklan

Video

Jumaat, 26 Mei 2017 9:30 AM

#akuStar: Shaa - Pertama Kali

Khamis, 25 Mei 2017 5:27 PM

Mamat Si Buaya Tembaga Kesayangan Ramai

Khamis, 25 Mei 2017 4:48 PM

Apabila Ramli Sarip Buka Mulut

Khamis, 25 Mei 2017 12:52 PM

Shahz Jaszle Malu Jadi Gemuk

Khamis, 25 Mei 2017 9:00 AM

Kumpulan Masin Dah Berpecah?

Rabu, 24 Mei 2017 8:57 PM

Yuna Teruja Tercalon Anugerah BET

Rabu, 24 Mei 2017 5:36 PM

Tular: Aksi Lincah Pramugara...

Rabu, 24 Mei 2017 3:00 PM

Sherry Ibrahim Merajuk?

Rabu, 24 Mei 2017 9:00 AM

Model 'Sotong' Himpit Rekaan Ezuwan Ismail

Kolumnis

iklan

Iklan