Ponteng: Awas! Anda Sedang Diperhatikan

Diterbitkan: Isnin, 17 April 2017 9:27 AM

Sebahagian pelajar sekolah yang ditahan Briged Komuniti Saujana Utama di kawasan perumahan berkenaan dalam Ops Ponteng baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anda sedang diperhatikan. Demikian amaran kepada pelajar yang gemar ponteng sekolah di kawasan perumahan Saujana Utama, Sungai Buloh kerana ada 'mata' dan 'telinga' sentiasa mengawasi pergerakan mereka.

Dua sekolah di Selangor ini melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Utama dan Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Utama.

Sejak dilancarkan akhir Mac lalu, Ops Ponteng, Briged Komuniti Saujana Utama digerakkan dengan kerjasama pihak sekolah, masyarakat setempat, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Selangor, selain polis, Rela serta nazir masjid dan surau di kawasan Saujana Utama.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi dua sekolah tersebut, Roslan Ismail berkata, setakat ini, empat operasi telah dijalankan secara bersepadu dan 'ad hoc'.

"Seramai 19 pelajar ditangkap di sekitar kawasan perumahan ini kerana ponteng sekolah," katanya kepada mStar Online.

Roslan yang mengetuai pasukan itu berkata, kebanyakan pelajar yang ditangkap ponteng masih berpakaian seragam dan baju sukan sekolah, dikesan di beberapa kawasan seperti kedai, masjid, surau, tepi jalan sehingga ke tangki air.

"Pelajar yang ditangkap dibawa ke sekolah yang kemudiannya guru disiplin akan memaklumkan kepada ibu bapa mengenai anak mereka," katanya.

Menurutnya, amaran termasuk kaunseling adalah hukuman peringkat awal bagi kesalahan pertama pelajar ponteng dan kesalahan seterusnya akan diputuskan lembaga tatatertib sekolah.

Katanya lagi, Ops Ponteng itu bagi membantu mencapai kadar kehadiran sekolah 95 peratus yang ditetapkan Kementerian Pendidikan di mana SK Saujana Utama mencatatkan lebih 95 peratus kehadiran, manakala SMK Saujana Utama kira-kira 94 peratus.

"Angka bukan ukuran, kami tetap merangka usaha untuk menangani isu ponteng sekolah kerana ia boleh memberi kesan kepada pembelajaran dan masa depan pelajar.

"Pendekatan yang dilaksanakan Briged Komuniti Saujana Utama ini diharap dapat membantu menaikkan kadar kehadiran kepada lebih 95 peratus," ujar Roslan.

Mengenai Briged Komuniti, Roslan berkata, ia dapat memupuk semangat kerjasama masyarakat yang prihatin dalam menangani masalah ponteng.

"Kita mahu semua pihak terlibat bersama-sama menyalurkan maklumat mengenai pelajar ponteng, tanpa mengira anak siapa," katanya sambil menambah bahawa orang ramai boleh menyalurkan maklumat menerusi talian hotline selain 'WhatsApp group' dan Facebook.

Selain itu katanya, ia turut mahu mendidik pelajar supaya mempunyai semangat untuk datang ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh demi kebaikan masa depan.

Tambah Roslan, selain ponteng, pasukan yang ditubuhkan itu juga menumpukan masalah disiplin seperti vandalisme, melepak dan merokok.

Bagaimanapun beliau menegaskan, Ops Ponteng yang dijalankan dari semasa ke semasa itu tidak terhad kepada pelajar SMK Saujana Utama dan SK Saujana Utama sahaja.

"Selagi mereka adalah pelajar walaupun dari sekolah lain dan dikesan ponteng di kawasan sekitar, kita akan tangkap," katanya.

Tags / Kata Kunci: Saujana Utama , PIBG

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan