Takiyuddin Tarik Diri

Diterbitkan: Ahad, 16 April 2017 1:59 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menarik diri daripada bertanding jawatan naib presiden parti itu dalam pemilihan akhir bulan ini.

Dalam kenyataannya pada Ahad, Ahli Parlimen Kota Bahru itu berkata, beliau juga tidak akan bertanding jawatan untuk jawatankuasa pusat kerana mahu memberi laluan kepada calon lain.

Beliau yang berterima kasih kepada ahli PAS yang mencalonkannya berhasrat melihat parti Islam itu melangkah ke fasa lebih baik dengan kepimpinan baharu.

"Saya yakin dengan kepimpinan jawatankuasa pusat parti dan perhubungan harmonian melibatkan presiden, timbalan presiden dan naib presiden.

"Sehubungan itu, saya memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan naib presiden," katanya.

Takiyuddin menambah, beliau lebih gemar melaksanakan tugas untuk jawatan yang dilantik yang akan diputuskan presiden dan barisan jawatankuasa baharu nanti.

PAS akan mengadakan Muktamar Tahunan Ke-63 di Alor Setar pada akhir bulan ini, sekali gus memilih kepimpinan untuk sesi 2018/2019.

Minggu lalu, Takiyuddin mengumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan jawatan masing-masing apabila menang tanpa bertanding.

Sementara itu, tiga penyandang naib presiden iaitu Idris Ahmad, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memperoleh pencalonan yang cukup untuk mempertahankan kerusi masing-masing.

Selain itu, 40 calon akan merebut 18 jawatan yang dipertandingkan di peringkat jawatankuasa pusat.

Calon diberi tempoh sehingga 17 April untuk menerima pencalonan masing-masing.

Tags / Kata Kunci: Takiyuddin , PAS

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan