Putera Mahkota Naruhito Jumpa Warga Malaysia Berketurunan Jepun

Diterbitkan: Ahad, 16 April 2017 10:11 PM

Sultan Muhammad V bersama Putera Mahkota Naruhito berkenan hadir pada majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum diraikan pada Jamuan Makan Malam Rasmi di Istana Negara malam Ahad. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekumpulan rakyat Malaysia berketurunan Jepun pada Ahad menghadap Putera Mahkota Naruhito yang sedang melakukan lawatan rasmi di negara ini.

Pertemuan 30 minit di sebuah hotel terkemuka di sini menyaksikan Putera Mahkota Jepun itu berinteraksi dengan tetamu termasuk empat keluarga Jepun yang tinggal di negara ini.

Mereka mewakili keluarga Mori, Kawauchi, Amafuji dan Yusof.

Pengerusi Kumpulan AmBank Tan Sri Azman Hashim, yang neneknya Tamano Murakami datang ke negara ini pada lewat 1890-an, berkata ia adalah satu penghormatan besar baginya untuk menjadi antara mereka yang menghadap Naruhito.

"Ia adalah satu keistimewaaan yang besar bagi kami bertemu dan berjabat tangan dengan putera mahkota itu," kata Azman yang mewakili keluarga Yusof.

Azman, yang juga Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun, berkata beliau masih berasa mempunyai hubungan dengan nenek moyangnya dan berharap hubungan kedua-dua negara akan terus kukuh terutama dalam sektor ekonomi.

Terdahulu, Putera Mahkota Naruhito melawat Muzium Negara dan merasmikan Pertandingan Ucapan Bahasa Jepun di Kelab Jepun Kuala Lumpur.

Lawatan lima hari baginda ke Malaysia adalah kemuncak ulang tahun ke-60 hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Putera Mahkota Naruhito , Jepun

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan