Aktivis Peter Chong Yang 'Hilang' Pulang Ke Tanah Air

Diterbitkan: Ahad, 16 April 2017 1:31 PM

Peter Chong.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Peter Chong yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu, tiba di tanah air selepas memasuki Thailand.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi twitternya @kbab51 pada Ahad memuat naik dua gambar aktivis sosial itu berbaju kemeja-T biru dan seluar pendek, dipercayai tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"“Syabas @PDRMsia Kuala Lumpur. Peter Chong yang 'hilang' pulang dari Pattaya, tengah hari ini," katanya.

Minggu lalu, Khalid berkata, polis mempunyai bukti aktivis itu menyeberangi sempadan di Bukit Kayu Hitam pada kira-kira pukul 6.30 pagi Jumaat lalu, dan tiada rekod beliau kembali ke Malaysia.

Chong hilang tidak lama selepas mengemaskini halaman Facebooknya pada 31 Mac lalu mengenai pertemuan dengan seorang lelaki yang tidak dinamakan.

Chong yang berkhidmat sebagai pembantu peribadi kepada Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa sehingga 2015 berkata, beliau diberi amaran oleh seorang penunggang motosikal supaya berhati-jati kerana ramai orang hilang.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan