Skandal Tanah: Datuk Seri Masuk Wad

Diterbitkan: Ahad, 16 April 2017 8:24 PM

Datuk Seri dan anak lelakinya ditahan untuk membantu siasatan berhubung skandal tanah di Pulau Pinang. foto MUSTAFA AHMAD/The Star

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu dimasukkan ke hospital swasta dekat sini.

Difahamkan ahli perniagaan itu dimasukkan ke Island Hospital pada Sabtu selepas mengalami insomnia dan sukar menyesuaikan diri dengan keadaan di lokap SPRM.

Tempoh reman enam hari ahli perniagaan berusia 74 tahun itu berakhir pada Ahad.

Datuk Seri itu dan anaknya berusia 47 tahun ditahan SPRM pada 12 April lalu berhubung skandal tanah melibatkan Yayasan Bumiputra Pulau Pinang Berhad.

Kedua-dua suspek itu mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat pemaju hartanah terkemuka di Pulau Pinang yang turut disenaraikan di Bursa Malaysia.

Menurut SPRM, tangkapan berkenaan merupakan susulan daripada siasatan SPRM yang telah menangkap seorang pemegang amanah yayasan tersebut di Pulau Pinang pada 29 Mac lepas kerana disyaki telah menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi. 

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri , skandal tanah , SPRM

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan