Batu Nisan Abad Ke-19 Dipamer Di Galeri Masjid Jamek KL

Diterbitkan: Ahad, 16 April 2017 10:33 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 63 batu nisan abad ke-19 yang ditemui tertanam di kawasan binaan air pancut perkarangan Masjid Jamek Kuala Lumpur (MJKL) pada April tahun lalu akan dipamerkan di galeri masjid berkenaan.

Ketua Pengurusan MJKL Mohd Faisal Tan Mutalib berkata masjid itu sedang dalam proses mengubah suai kawasan untuk mewujudkan galeri tersebut.

Batu-batu nisan itu yang tertera nama dan tarikh dalam tulisan jawi, dijumpai oleh kontraktor projek "Sungai Nadi Kehidupan" (RoL), sejak kerja memulih dan mengindahkan Sungai Klang dan Gombak dimulakan pada tahun 2015.

ROL ialah Program Transformasi Nasional bermatlamat untuk mentransformasi lapan sungai yang terletak dalam kawasan Greater Kuala Lumpur.

"(Dengan mempamerkan) batu-batu nisan itu akan secara langsung memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai sejarah masjid tertua di Kuala Lumpur ini dan kawasan sekitarnya," katanya kepada Bernama.

 Beliau berkata Masjid Jamek yang terletak di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak, adalah salah sebuah bangunan ikon negara yang dibina pada tahun 1909.

Dengan adanya pameran batu-batu nisan tersebut, ia dapat memberi nilai tambah kepada sejarah masjid itu dan secara tidak langsung menjadi tarikan tambahan kepada pengunjung.

Menurut Jabatan Warisan Negara (JWN), proses dokumentasi bergambar telah siap dilakukan terhadap semua batu nisan itu.

Batu-batu nisan itu yang dianggarkan berusia kira-kira 107 tahun terdiri daripada 59 batu nisan yang diperbuat daripada batu granit, tiga batu nisan diperbuat dari batu marmar serta satu batu nisan Aceh yang dipercayai dari Tapak Perkuburan Melayu di sekitar kawasan itu yang mula digunakan pada 1870an, menurut JWN.

"Dua daripadanya telah dipinjamkan ke Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor bagi tujuan kajian lanjut," kata JWN.

Menurut jabatan itu, Masjid Jamek Kuala Lumpur dirasmikan Sultan Selangor ke-5, Sultan Alauddin Sulaiman Shah pada 23 Disember 1909.

Masjid itu, menurut jabatan itu, dibina di atas tapak perkuburan dan sebelum kerja pembinaan masjid dimulakan, semua kubur telah dipindahkan ke Tanah Perkuburan Islam Ampang dan Taman Ibu Kota secara berperingkat bermula tahun 1906.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Masjid Jamek , RoL

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan