Saya Tidak Pernah Minta Sekolah Vernakular Dihapuskan - TPM

Diterbitkan: Sabtu, 15 April 2017 2:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berkata, beliau langsung tidak pernah mencadangkan agar sekolah vernakular dihapuskan.

Sebaliknya, beliau meminta aktiviti kokurikulam di sekolah vernakular dipertingkalan supaya dapat mengukuhkan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia.

"Saya tidak pernah meminta sekolah vernakular dihapuskan. Tolong jangan salah tafsir kenyataan saya. Saya percaya kita perlu mengukuhkan sistem pendidikan bagi menggalakkan integrasi negara.

"Dasar Pendidikan Negara jelas menyatakan bahawa penggunaan bahasa ibunda amat digalakkan di sekolah rendah.

"Namun kita perlu mencari jalan untuk memperkukuhkan pendidikan kokurikulam supaya integrasi dan perpaduan negara dapat dicapai," kata beliau selepas melancarkan kempen "Ekpresi Negaraku" di Dataran Pavilion di sini pada Sabtu.

Beliau diminta untuk menjelaskan kenyataannya yang mencadangkan sistem pendidikan negara dikaji semula demi kepentingan perpaduan negara disebabkan sistem yang sedia ada dengan kewujudan pelbagai medium (sekolah) menyukarkan interaksi antara kaum dalam kalangan murid.

Semasa sesi soal jawab selepas menyampaikan ucapan di Kuala Lumpur pada Jumaat, Ahmad Zahid dilaporkan berkata kewujudan pelbagai jenis sekolah dari peringkat pra-sekolah sehingga sekolah menengah sebagai halangan untuk mencapai perpaduan negara.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan