Rafizi Gesa Nasharudin Isytihar Aset

Diterbitkan: Sabtu, 15 April 2017 2:20 PM

Rafizi Ramli.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengalu-alukan sebarang langkah yang dibuat Datuk Dr Nasharudin Mat Isa untuk menyaman beliau kerana memfitnah tetapi pada masa sama menggesa bekas timbalan presiden PAS itu mengisytiharkan asetnya.

"Jika beliau ingin menyaman saya, saya akan menunggu beliau di mahkamah.

"Saya ada beratus-ratus soalan yang akan ditanyakan kepada beliau," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Rafizi yang merupakan Ahli Parlimen Pandan berkata, sementara menunggu proses saman yang mungkin memakan masa, Nasharudin disarankan membuat akuan berkanun mengisytiharkan semua harta, pendapatan dan sumbangan kepada beliau secara peribadi serta semua organisasi dan mana-mana projek lain.

"Beliau juga perlu perincikan di dalam akuan berkanun bagaimana harta, pendapatan dan sumbangan ini dibelanjakan dan kepada siapa wang yang disumbangkan kepada beliau dibelanjakan," kata Rafizi.

Naib Presiden PKR itu sebelum ini mendakwa Nasharudin yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) menerima dana daripada SRC International Sdn Bhd yang dahulunya adalah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Nasharudin bagaimanapun menafikan dakwaan itu sambil menyifatkannya berniat jahat terhadap beliau dan PAS.

Tambah Nasharudin, beliau sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selain mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan