Rafizi Cuba Pecah Belahkan PAS, PKR - Mohd Amar

Diterbitkan: Sabtu, 15 April 2017 6:07 PM

Mohd Amar Nik Abdullah.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Naib Presiden PAS,  Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dilihat cuba untuk memecah- belahkan hubungan politik antara PAS dan PKR .

"Beliau (Rafizi) macam berusaha untuk pastikan PAS dan PKR berpecah supaya boleh menyingkir Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan kumpulannya dari dunia politik.

"Selama ini, hubungan PAS dan PKR baik kerana adanya individu seperti Azmin, namun tindakan Rafizi sekarang dilihat memang sedang berusaha untuk memecahkan hubungan politik yang ada di antara PAS dan PKR," katanya selepas merasmikan Konvensyen PAS Kedah 2017 di Kompleks PAS Kedah di sini, Sabtu.

Sebelum ini, Rafizi membuat akaun bersumpah dan konsisten menuduh PAS menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), namun bekas timbalan presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa telah menafikan dakwaan itu.

Sementara itu, Mohd Amar berkata, kemenangan tanpa bertanding Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan jawatan masing-masing menjelang  Muktamar Pusat Ke-63 hujung bulan ini membuktikan sokongan pasu anggota PAS terhadap kepimpinan mereka.

"Ini sekaligus menyangkal dakwaan golongan tertentu dan PKR bahawa  anggota PAS tidak mahukan Abdul Hadi kekal sebagai presiden PAS," katanya. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan