Peguam Selar Rafizi Isu Dakwaan Hakim Syariah Terlibat Rasuah

Diterbitkan: Jumaat, 14 April 2017 6:55 PM

Musa Awang

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mahu Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memohon maaf dan menarik balik kenyataannya mengenai risiko hakim mahkamah Syariah terlibat rasuah.

Presidennya, Musa Awang berkata dakwaan Rafizi itu tidak berasas.

"PGSM menegaskan bahawa sejak mahkamah Syariah ditubuhkan, hanya terdapat satu kes di mana seorang hakim mahkamah Syariah telah terlibat rasuah.

"Namun ia tidak melibatkan sejumlah wang yang besar," kata Musa dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada Isnin, ketika menghadiri program anjuran pembangkang, Rafizi membangkitkan mengenai Rang Undang-Undang persendirian yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau membangkitkan mengenai isu pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) yang tidak menyentuh mengenai kenaikan gaji hakim mahkamah Syariah.

Kata Rafizi, perkara itu boleh mengundang risiko rasuah atau penyalahgunaan kuasa oleh hakim-hakim.

"Kenyataan Rafizi Ramli telah mencemarkan maruah mahkamah Syariah serta hakim-hakim Syariah.

"Oleh itu PGSM menyeru Rafizi Ramli untuk menarik balik tuduhan yang tidak berasas dan memohon maaf secara terbuka kepada semua hakim Syariah dan umat Islam," kata Musa.

Tags / Kata Kunci: Rafizi , Peguam Syariah

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan