Nasharudin Nafi Terima Dana 1MDB

Diterbitkan: Jumaat, 14 April 2017 3:08 PM

Nasharudin Mat Isa

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Susulan dakwaan Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli bahawa Datuk Dr Nasharudin Mat Isa menerima dana 1MDB, bekas pemimpin nombor dua PAS itu tampil menafikannya.

Menyifatkan dakwaan Rafizi sebagai fitnah, bekas Timbalan Presiden PAS yang dipecat itu juga menafikan parti yang pernah dipimpinnya turut terpalit dengan isu berkenaan.

Rafizi Ramli

"Saya dengan ini menegaskan bahawa segala pernyataan beliau yang melibatkan saya adalah tidak ada kaitan dengan diri saya.

"Malah kenyataannya itu adalah fitnah dan berniat jahat kepada saya dan PAS," katanya menerusi kenyataan media pada Jumaat.

Selain itu Nasharudin turut menafikan pernah menerima sebarang bayaran seperti yang didakwa Rafizi menerusi Akuan Bersumpah (SD) yang dbuatnya sebelum ini.

"Saya dengan ini juga menafikan dengan sekeras-kerasnya pernah menerima apa jua bentuk bayaran atau sumbangan daripada sumber-sumber seperti yang dinyatakan oleh beliau melalui tuduhan yang tidak berasas dalam SD tersebut," katanya.

Tambah Nasharudin, selain sedia memberi kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beliau juga mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang jika perlu.

"Ingin juga saya menegaskan bahawa bukan sahaja saya bersedia untuk bekerjasama dalam sebarang siasatan oleh pihak SPRM, bahkan saya juga telah menyerahkan kepada pasukan peguam untuk langkah seterusnya.

"Ini termasuklah memulakan tindakan undang-undang dan apa jua tindakan yang wajar untuk dilakukan," katanya.

Pada Khamis media melaporkan bahawa Rafizi mendakwa Nasharudin menerima dana 1MDB daripada akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Rafizi, pendedahan  itu dibuat setelah seminggu beliau mendakwa ada wang dari akaun peribadi Najib mengalir kepada tokoh yang rapat dengan pimpinan PAS.

Difahamkan, Rafizi juga membuat akuan berkanun berhubung perkara itu.

Tags / Kata Kunci: Nasharudin Mat Isa

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan