Raja Muda Mahu Harumanis Dihidang Dalam Pesawat MAS

Diterbitkan: Jumaat, 14 April 2017 8:30 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu melihat harumanis disajikan dalam pesawat nasional.

Baginda bertitah kerajaan negeri perlu berani untuk meneroka pasaran yang lebih dinamik untuk memastikan harumanis mempunyai prospek pasaran yang lebih besar dalam kelasnya yang tersendiri.

"Jabatan Pertanian Negeri misalnya perlu merencana peluang kerjasama dengan syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines Bhd (MAS) untuk membekalkan harumanis sebagai hidangan bagi penerbangan kelas pertama syarikat berkenaan.

"Langkah ini sebagai salah satu usaha membawa keunikan harumanis yang merupakan aset berharga di negeri ini ke peringkat global, selain mengekalkan keunggulan ikon pertanian Perlis ini," titah baginda.

Baginda melancarkan Jualan Mempelam Harumanis Perlis 2017 di Pusat Kecemerlangan Mempelam Harumanis di sini.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Syed Faizuddin bertitah semua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan kualiti dan keunikan harumanis terus dipelihara kerana ia bukan sahaja boleh mengharumkan nama Perlis tetapi meningkatkan tahap ekonomi rakyat serta industri agropelancongan negeri.

Namun baginda terkilan dengan sikap segelintir peniaga yang menyalahgunakan nama harumanis dan tidak jujur ketika berniaganya.

"Saya bimbang pada masa akan datang industri mempelam harumanis akan musnah disebabkan oleh isu seperti penipuan dan kecurian harumanis yang sering berlaku kerana nilai harganya yang melambung tinggi.

"Penipuan oleh peniaga termasuk menjual buah yang berkualiti rendah dengan harga gred A dan menjual buah mempelam jenis lain dengan menggunakan nama harumanis," titah baginda.

Baginda memuji langkah proaktif Jabatan Pertanian Negeri Perlis yang memperkenalkan penggunaan kod keselamatan pada harumanis dan berharap kaedah itu akan membendung masalah berkenaan.

"Saya difahamkan penggunaan kod keselamatan ini akan membantu pembeli mengenal pasti lokasi ladang mempelam selain menyelesaikan masalah sekiranya ada sebarang aduan mengenai buah tidak berkualiti dan buah hilang (kerana dicuri)," titah baginda.

Tags / Kata Kunci: Harumanis

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan