PAS Tidak Pernah Terima Dana Daripada Nasha

Diterbitkan: Khamis, 13 April 2017 9:43 PM

Takiyuddin Hassan

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pas mengesahkan tidak pernah menerima sebarang sumbangan daripada atau melalui Datuk Dr Nasharudin Mat Isa dalam apa bentuk sejak beliau tewas dalam pertandingan jawatan timbalan presiden parti pada 2011.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan berkata, parti hanya menerima sumbangan tetap bulanan Nasharudin sebagai Ahli Parlimen Bachok yang berakhir pada 2013.

Menurut beliau, Nasharudin juga tidak pernah memegang jawatan dalam Pas sejak 2011 dan setelah ditamatkan sebagai Ahli Majlis Syura Ulamak Pas.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, Pas menyerahkan perkara Akuan Bersumpah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkaitan dakwaan Nasharudin menerima dana daripada 1MDB kepada pihak berkuasa untuk tindakan mengikut undang-undang.

“Namun, Pas berpandangan ia kekal berstatus dengar cakap (hearsay) selagi individu yang dikatakan memberitahu ‘maklumat’ ini kepada beliau mengesahkannya.

“Dalam masa sama, Pas menggesa Rafizi agar segera membuat Akuan Bersumpah tentang dakwaan ‘bersifat rasuah’ yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin dan Chegubard baru-baru ini terhadap beliau dan beberapa pemimpin PKR yang lain untuk maklumat dan pertimbangan rakyat Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Rafizi menerusi sidang media di Ibu Pejabat Invoke pada Khamis berkata, pendedahan itu dibuat setelah seminggu beliau mendakwa ada wang dari akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak mengalir kepada tokoh yang rapat dengan pimpinan Pas. - Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: Datuk Takiyuddin Hassan , PAS

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan