Siren Amaran Awal Tsunami Tawau Berfungsi Baik

Diterbitkan: Khamis, 13 April 2017 1:26 PM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Siren Amaran Awal Tsunami yang dipasang di pekarangan Masjid Al-Kauthar di sini sejak 2006 masih berfungsi dengan baik, kata Pegawai Meteorologi Tawau, Mohd Nashriq Abd Rahman.

Beliau berkata pada setiap tahun kerja penyelenggaraan dan pengujian sistem dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan sistem amaran awal itu jika bencana ditakdirkan berlaku.

"Sistem ini dipasang di kawasan berkenaan bagi menyebarkan amaran tsunami kepada penduduk yang tinggal di kawasan persisiran pantai," katanya selepas menguji peralatan itu, di sini Khamis.

Beliau berkata siren amaran itu boleh didengari penduduk yang tinggal antara satu hingga dua kilometer dari peralatan itu dipasang dan ia dikawal sepenuhnya, di ibu pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia di Kuala Lumpur.

"Kami turut membuat pemantauan berkala terhadap siren seperti itu yang dipasang di daerah Semporna (2), satu di Kunak dan tiga di Lahad Datu, katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: tsunami , Jabatan Meteorologi Tawau

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan