Mayat Ketujuh Mangsa Banjir Lumpur Tongod Ditemui

Diterbitkan: Khamis, 13 April 2017 9:37 AM

Jambatan menuju ke Ladang Kelapa Sawit Sen Fu Sdn Bhd, Tongod di daerah Kinabatangan rosak teruk akibat kejadian banjir lumpur yang berlaku pada 1 April lepas. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada Rabu menemui mayat mangsa ketujuh kejadian banjir lumpur di ladang kelapa sawit Sen Fu, Tongod di daerah Kinabatangan pada 1 April lepas.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Supt A. Sahak Rahmat berkata mayat budak lelaki dikenali sebagai Alan, 11, ditemukan oleh penduduk kampung di sungai Milian pada jam 2.30 petang.

Katanya, pasukan SAR terdiri anggota polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Malaysia pergi ke lokasi penemuan mangsa pada jam 6 petang dari jeti Kampung Pinangah.

Pasukan SAR sampai di lokasi mayat ditemukan di Sungai Milian, kawasan Kampung Pingas pada jam 8.56 malam dan kembali ke jeti Pinangah pada jam 10.45 malam, katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, bapa mangsa mengecam mayat anaknya itu yang kemudian dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk bedah siasat.

Penemuan mayat itu menjadikan jumlah lapan mangsa disahkan meninggal dunia manakala satu mangsa wanita, Asma, 37, masih hilang dan dua lagi selamat.

Dalam kejadian itu 11 sekeluarga dihanyutkan banjir lumpur selepas rumah kongsi didiami mereka roboh akibat tanah runtuh di kawasan itu.

Salah seorang mangsa yang terselamat, Zaleha Mandaya, 40, meninggal dunia ketika dirawat di HDOK Sandakan pada Ahad lepas akibat jangkitan kuman. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: banjir lumpur , Kampung Tongod

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan