Mara Sedia Beri Kerjasama Dengan SPRM

Diterbitkan: Khamis, 13 April 2017 9:47 PM

(Ubah saiz teks)

SEMENYIH: Majlis Amanah Rakyat (Mara) sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya terdapat bukti baharu berkaitan pembelian hartanah oleh Mara Incorporated SdnBhd (Mara Inc) di Australia.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata malah kementeriannya bersedia menghantar mana-mana pegawai di agensi itu sekiranya diarahkan untuk diberi keterangan.

"Walaupun ada gesaan kepada kami (Mara) untuk dedahkan dokumen berkaitan kepada umum, kami tidak boleh berbuat demikian kerana akan mengganggu siasatan SPRM.

"Tetapi sekiranya SPRM minta lagi (dokumen), kami tiada masalah dan akan bekerjasama. Kalau dedah secara umum akan mencetuskan spekulasi sehingga boleh mengganggu siasatan SPRM," katanya.

Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Bazar Mara Semenyih di sini,Khamis.

Turut hadir Pengerusi Sementara MaraDatuk Yusof Yacob dan Ketua Pengarah Mara Datuk Ibrahim Ahmad.

Pada Rabu, Setiausaha Agung Persatuan Perjuangan Masyarakat Kota (Perkata), Adzly Ab Manas mendesak SPRM membuat siasatan lanjut kes berkenaan berikutan penemuan bukti baharu berkaitan pembelian hartanah oleh anak syarikat Mara itu di Australia.

Adzly berkata pihaknya bersedia menyerahkan bukti baharu itu sekiranya diperlukan.

Pada 26 Jun tahun lalu, Pengerusi Mara yang kini sedang digantung tugas Tan Sri Annuar Musa menyerahkan pelbagai dokumen kepada SPRM berkaitan pembelian pangsapuri oleh Mara Incorporated di Australia.

Terdahulu, Ismail Sabri berkata Mara kini sedang giat melakukan transformasidi premis-premis lama milik agensi itu seperti bazar dan arked yang berusia lebih 30 tahun bagi menyediakan ruang niaga yang lebih kondusif bagi usahawan bumiputera.

Beliau berkata sejak inisiatif itu dilaksanakan pada tahun lepas, ia berjaya meningkatkan semula pendapatan usahawan bumiputera antara 20 hingga 30 peratus. 

"Hari ini kita lihat banyak kedai dan pusat membeli-belah yang bangunannya moden sedangkan bangunan premis Mara yang dibina dahulu masih tidak berubah hingga menyebabkan gagal menarik minat pelanggan.

"Sebab itu, bangunan premis Mara yang telah usang dirobohkan dan dibina semula bangunan di tapak itu bagi memberi imej yang baharu," katanya.

Sehingga kini, beliau berkata Mara berjaya mewujudkan lebih 7,000 peluang perniagaan dengan meliputi 160 bazar, 129 arked, 184 lot komersial, 21 Kompleks Industri Mara dan enam Taman Industri Halal di seluruh negara.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Ismail Sabri Yaakob , SPRM , Mara

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan