LHDN Bakal Siasat 20 Syarikat Besar Bulan Ini

Diterbitkan: Khamis, 13 April 2017 3:47 PM

Sabin Samitah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan audit dan siasatan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke atas 20 syarikat besar melibatkan kehilangan hasil RM1.4 bilion disebabkan pengelakan cukai dan penalti, dijangka dimuktamadkan bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Sabin Samitah berkata syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat senarai awam itu akan menerima notis cukai tertunggak yang perlu dibayar dalam tempoh sebulan dari tarikh yang dikeluarkan.

"Jika mereka tidak bayar, kami akan membawa kes itu ke mahkamah dan (hanya selepas itu) kami boleh mendedahkan nama mereka," katanya kepada pemberita selepas pelancaran 'Ops Gegar Bersepadu' di sini, Khamis.

Beliau berkata, 20 syarikat terbabit, yang mengelak daripada membayar cukai sehingga dua tahun, adalah antaranya daripada sektor telekomunikasi, perladangan, hartanah dan institusi kewangan.

LHDN ketika ini menjalankan pengauditan dan siasatan cukai ke atas 30 syarikat besar melibatkan kehilangan hasil keseluruhan kira-kira RM2.2 bilion disebabkan pengelakan cukai dan penalti.

Daripada jumlah syarikat itu, Sabin berkata, 10 syarikat telah menerima notis tunggakan cukai dan membayar RM800 juta keseluruhannya bagi pengelakan cukai dan penalti.

Sebelum ini dilaporkan, syarikat besar terbabit mencatat perolehan antara beratus juta dan berbilion ringgit.

Sabin berkata, LHDN merancang untuk menyiasat dan mengaudit lebih banyak syarikat pada masa depan dalam usaha mendapatkan semula hasil yang hilang.

Beliau berkata, LHDN menyasar untuk mengumpul hasil sebanyak RM127 bilion pada 2017, termasuk kehilangan hasil dan penalti RM2.2 bilion, serta tunggakan cukai berjumlah RM36.26 juta dari bukan syarikat yang menerima notis sekatan perjalanan dan tunggakan cukai di Kuala Lumpur. -Bernama

Tags / Kata Kunci: LHDN , Syarikat besar

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan