Adun Kapayan Beri Kata Dua Kepada DAP

Diterbitkan: Khamis, 13 April 2017 1:07 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kapayan, Dr Edwin Bosi memberi kata dua kepada DAP sama ada meletakkan dirinya sebagai calon untuk mempertahankan kerusi tersebut atau beliau akan keluar parti itu.

Bosi berkata beliau ada mendengar caka-cakap bahawa DAP tidak akan meletakkannya sebagai calon untuk mempertahankan kerusi Kapayan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang akan datang selain bertanya perkara itu kepada Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong.

"Apa yang diberitahu Stephen kepada saya adalah dia tidak boleh mengesahkan sama ada saya akan dipilih sebagai calon DAP.

"Ini bermaksud terdapat asas kepada khabar angin itu.

"Sekiranya parti tidak mempertimbangkan saya sebagai calon untuk mempertahankan kerusi Kapayan pada PRU-14, saya akan memilih untuk jadi calon bebas.

"Saya juga boleh sertai mana-mana parti di Sabah yang akan mempertahankan hak seluruh rakyat Malaysia dengan pertimbangan khas kepada rakyat minoriti di Sabah terutamanya kaum pribumi Sabah," katanya kepada pemberita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Khamis.

Bosi memenangi kerusi Kapayan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan majoriti 7,000 undi dalam saingan empat penjuru.

Sebelum ini, timbul desas-desus Bosi akan meninggalkan DAP yang kemudiannya dinafikan beliau.

Dua pemimpin DAP Sabah telah mengumumkan keluar parti itu.

Pada 2013, Adun Luyang Hiew King Chiu meninggalkan DAP untuk menyertai MCA.

Tahun lalu, Adun Likas Junz Wong keluar parti dan menyertai Parti Warisan Sabah.

Pada PRU-13, DAP memenangi empat kerusi DUN dan dua Parlimen di Sabah.

Tags / Kata Kunci: Dr Edwin Bosi , Adun Kapayan , DAP

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan