Status 'J' Buat Vida Bawa Diri

Diterbitkan: Rabu, 12 April 2017 11:48 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Masih lagi terkesan dengan status janda selepas bercerai untuk kali ketiga, Datuk Seri Hasmiza Othman telah membawa diri ke luar negara bersama dua anaknya.

Jutawan kosmetik yang lebih mesra disapa Datuk Seri Vida (DSV) memberitahu mStar Online bahawa beliau mahu menenangkan fikiran selain memulihkan semangat selepas gagal dalam perkahwinan yang hanya kekal kira-kira tiga tahun itu.

"Saya berada di luar negara bersama Cik B (Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin) dan Kacak (Muhammad Eric Zacquan) ... mahu tenangkan fikiran," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada mStar Online.

Ditanya mengenai lokasi percutian beliau, Hasmiza bagaimanapun mengambil pendekatan mengunci mulut mengenai perkara itu.

"Biarlah rahsia," katanya.

Ahli perniagaan itu akan berada di luar negara selama 10 hari.

Pada 7 April lalu, Mahkamah Syariah Ipoh mengesahkan Vida dan suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin bercerai talak satu.

Ia membawa pengakhiran kepada hubungan perkahwinannya dengan Fairuz, 39, yang terbina sejak bernikah pada Januari 2014.

Sumber rapat dengan Vida memberitahu mStar Online bahawa Vida kini berada di China atas urusan perniagaan dan pada masa sama bercuti bersama keluarganya.

"DSV sekarang ada di China. Dia pergi ke sana untuk urusan perniagaan dan bercuti sekali dengan Kacak dan Cik B. Selepas ini kami mungkin akan bercuti bersama ke Jepun atau Iceland," kata sumber itu.

Menurut sumber, Vida masih bersedih dengan perpisahan itu kerana beliau tidak menjangkakan perkahwinan tersebut hanya mampu bertahan selama tiga tahun.

"DSV sudah beri kasih sayang dan kemewahan tapi tak sangka ianya berakhir begitu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Datuk Vida , penceraian

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan